seks oral?

sangat tertarik dgn isu ini~ klu kt melihat "di zaman ini, syahwat manusia kelihatan tidak terkawal & pelik. Jenayah membabitkan kes seksual meningkat berganda-ganda, sehingga 'seks oral' dikatakan menjadi keperluan bagi pasangan suami isteri. Adakah Islam membenarnya?.." [ petikkan dari Ust.Zaharudin melalui facebooknya ]~ kat sini aku nk kongsikan sket maklumat yg aku dapat dari bloger ustaz zaharuddin tentang perbahasan dan huraian yg begitu jelas mengenai "seks oral" untuk kita sama-sama fikirkan....

=> entri ni di ambil dari blog ust zaharuddin..minta share mengenai penjelasan ini di blog sy... harap ust tidak kesah utk sy sebarkan ilmu ini..krn ianya patut d'ketahui, bagi saya x salah ilmu itu disebarkan, thanx ust.. ;)<=

Oral Seks dan Perbincangan Hukumnya

SOALAN :
Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.

JAWAPAN :

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Sambung.. "boleh klik utk continue read.. di blog ust zaharuddin"

harap sama2 renungkan dan mengambil manfaat serta mneninggalkan apa yg harus dan tidak..... fikir2kn... selamat membaca!
  • Powered By Blogger

    erm..da kul bp?

    Kalendar



    Aku seperti yg dulu..

    <br><br>Aku seperti yg dulu..

    Life Is too Short..

    Life is too short..

    grudges are waste of perfect happiness..

    lought when U can..Apalogize When U shod..

    and let go wht U cn’t change..

    Lov deeply and 4gve quickly, tke chnge giv evrythg

    And hve no regrets..life is too short..to be unhepi..

    U hve 2 tke de good wth de bad..smile when u’re sad..

    Luv wht u’re good and remember wht U had..

    Alwys 4give but never 4get learn from U mistakes..

    But never regreat, people change and thing go wrong..

    But alwyz remember..”

    Life goes on!!!

    ......................................

    Dan demi waktu

    Dan demi waktu

    Jejak Cinta


    Berdiri aku disini
    Menatap mentari terbit lagi
    Membawa cahaya menerangi hari
    dan saat itu masih ku nanti

    Kita sama punya cita
    Yang menunggu dihadapan sana
    Biarpun berliku ditempuh jua
    Cekal dan tabah azimat jiwa

    Tika ujian datang menduga
    Tiada berputus asa dan kecewa
    Andainya rebah bangkit semula
    Berserah mengharap RahmatNya

    Sama melangkah seiringan
    Mengejar sebuah impian
    Dengan semangat keyakinan
    Menuju ke arah kejayaan
    Bertekad penuh keazaman
    gemilangkan pasti digenggaman

    Jangan lupa memohon padanya
    Tawakal boedoa sentiasa
    Dialah penentu segala
    Apa dikurnia ada hikmahnya

    Disana tiada jalan yang mudah
    Hanya yang sabarkan terus melangkah
    Berbekal keimanan didada
    dan usaha pasti akan berjaya... Berjaya

    ...................................

    Akan Datang..

    “Hari ini telah kau lakukan..

    Esok jua langkah kau sematkan..

    Semalam tetap ditnggalkan..

    Hari ini tetap mengiggalkan..

    Esok jua belum pasti diimpikan..

    apa yang berlaku..

    Hidup mengajar untuk

    terus memperjuangkan

    kecekalan membina kekuatan,

    memikul terus rasa ketaatan,

    rasa penghambaan pada tuhan,

    untuk memiliki sebuah kebahgiaan..

    ~ [makesure tomorrow is your sweetest day] ~

    Maoz (2,3,2010)

    _______________

    Langkah Tercipta..


    Semalam aku kelukaan,
    Kecewa kehampaan,
    Mencalar ketabahan,
    Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
    Namun tak kesampaian,

    Allah…
    Inginku hentikan langkah ini
    Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
    Semangat tenggelam lemah daya,
    Haruskah aku mengelamun jiwa
    Ku berbisik inilah dugaan

    Dan langkahku kini terbuka
    Pada hikmah dugaan uji keimanan
    Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

    Allah…
    Pimpinlah diriku,
    Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
    Cekalkan hati dan semangatku
    Kurniakan ketabahan........
    Agar mimpi jadi nyata..
    padaMu ku meminta

    Dan ku mohon agung kudratMu
    Wahai Tuhan Yang Satu
    Segalanya dariMu

    My cube..